Saturday, May 4, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Pelajar Sekolah St John meriahkan Hari Buku Sedunia

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 24 APRIL – Dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi budaya membaca dalam kalangan anak-anak muda di negara ini, Sekolah St John telah mengadakan acara Book Characters Day sempena Hari Buku Sedunia, semalam, di dewan sekolah berkenaan dengan para pelajar berpakaian seperti watak-watak buku kegemaran mereka.

    Acara dimulakan dengan persembahan Shadow Play yang cukup memukau serta mencetuskan imaginasi dalam kalangan penonton oleh Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Belait yang kemudian diisikan dengan sebuah cerita klasik, Incy Wincy Spider yang disampaikan dalam bahasa Melayu.

    Kemuncak acara adalah Pertunjukan Fesyen dan Perarakan Watak yang dinanti-nantikan, di mana pelajar dan guru memeriahkan suasana dengan berbagai kostum daripada watak popular seperti Harry Potter dan Pete the Cat hingga karakter klasik seperti Peter Pan dan Alice in Wonderland.

    Antara pelajar yang mengambil bahagian dalam acara tersebut sempat bergambar ramai. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...