Saturday, May 4, 2024
26.4 C
Brunei

    -

    Biden umum projek terowong kereta api

    WASHINGTON, 30 JAN — Ulysses S Grant masih menjadi presiden semasa para pekerja menyiapkan Terowong Baltimore dan Potomac, yang menghubungkan Philadelphia dan Washington melalui perjalanan kereta api buat kali pertama.

    Tetapi 150 tahun kemudian, terowong yang berjalan di bawah beberapa kawasan kediaman Baltimore lebih merupakan titik kesesakan berbanding talian hayat.

    Terdapat hanya satu trek dan kereta api perlu memperlahankan gerabak kepada hanya 30 batu sejam (50 kilometer sejam) untuk menavigasi selekoh tajam di bahagian selatan.

    Ini adalah masalah yang Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden tahu, setelah berulang-alik dari Delaware ke Washington menggunakan Amtrak selama berpuluh-puluh tahun semasa berkhidmat sebagai senator AS. Minggu lalu, dia terkenangkan berjalan sepanjang terowong itu, yang hanya diterangi lampu yang diikat dengan tali ketika air menitis dari bumbung.

    “Terdapat kebimbangan yang besar,” katanya, “bahagian itu boleh runtuh.”

    Terowong itu dijadualkan akan diganti dengan bantuan daripada perundangan infrastruktur dwipartisan bernilai AS$1 trilion yang diperjuangkan oleh Biden.

    Setelah siap kira-kira 10 tahun dari sekarang, terowong baharu itu dijangka mempunyai dua landasan dan membolehkan kereta api bergerak lebih daripada 100 batu sejam (160 kilometer sejam). Ia akan dinamakan sebagai Frederick Douglass. Jumlah projek, yang termasuk jambatan berkaitan dan pemodenan peralatan, boleh menelan belanja AS$6 bilion. – AP

    Gambar fail bertarikh 15 September 2015 menunjukkan sebuah kereta api Amtrak muncul dari Terowong Baltimore dan Potomac di Baltimore. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...