Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Boeffi International rai ulang tahun ketiga

    Oleh Mu’min Karim
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Bagi meraikan ulang tahun penubuhannya yang ketiga, Boeffi International (B) Sdn Bhd telah mengadakan acara kecergasan di Mercu Dirgahayu 60 semasa Program Bandarku Ceria (BKC) di ibu negara, pagi tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, Kementerian Kesihatan, Pengiran Dr Haji Mohd Khalifah bin Pengiran Haji Ismail yang juga mengikuti sesi senam aerobik bersama kakitangan Boeffi dan orang ramai.

    Acara tersebut mendapat sokongan Pusat Promosi Kesihatan bagi menyokong inisiatif BN On the Move: 20 Billion Steps Together yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan.

    Pengiran Dr Haji Mohd Khalifah dalam ucapannya berkata, “Kementerian Kesihatan sangat menyokong sebarang acara atau inisiatif oleh mana-mana agensi khususnya daripada sektor swasta, terutamanya dalam mempromosikan aktiviti kesihatan di Brunei Darussalam untuk menyokong semua inisiatif di bawah Kementerian Kesihatan berikutan pelancaran beberapa inisiatif strategi dan inisiatif BN on the Move.

    Menurut kenyataan daripada Boeffi, acara seumpamanya bertujuan untuk meluaskan dan menyerlahkan konsep gaya hidup yang lebih sihat dengan menganjurkan acara yang melibatkan orang ramai dan memberi inspirasi kepada mereka untuk mengamalkan tabiat kesihatan baharu.

    Pengiran Dr Haji Mohd Khalifah mengikuti sesi senam aerobik semasa Program Bandarku Ceria (BKC) di ibu negara, kelmarin.
    Salah seorang peserta mengambil bahagian dalam cabaran spinning.

    Beberapa aktiviti telah diadakan semasa acara berkenaan untuk menggalakkan gaya hidup sihat termasuk sesi senam aerobik, cabaran spinning dan kecergasan.

    Ia menyerlahkan kepentingan menjalani gaya hidup sihat dan cara ia dicapai dengan baik dengan produk yang ditawarkan oleh Boeffi Fitness

    Boeffi juga mengumumkan pemenang bertuah bagi aktiviti cabutan bertuah, dengan hadiah utama berupa treadmill T2 Pro.

    Awangku Mohd Tajuddin bin Pengiran Sulaiman tampil juara bagi cabaran kecergasan sekali gus membawa pulang Forte Pro 2 Massage Gun, sementara itu, Dayang Nur Suaidah binti Bair dan Dayang Amal Fajrina binti Hamdani masing-masing memenangi Forte Pro dalam cabutan bertuah.

    Penyampaian disempurnakan oleh Pengurus Besar Boeffi International, Marilyn Lim.

    Salah seorang peserta yang ditemui, Dayang Erna Syahmina binti Abdul Rahaman menyatakan rasa keterujaan mengikuti aktiviti senamrobik, spinning dan zumba.

    “Dalam pada masa yang sama, saya mampu melapangkan masa pada hujung minggu ini dengan menjalankan aktiviti kesihatan bersama rakan,” jelas beliau yang mewakili Cuckoo International (B) Sdn Bhd.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda