Sunday, May 5, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Bot persiaran karam ragut 10 jiwa, 16 hilang

    TOKYO, 24 APRIL – Kira-kira 10 orang disahkan terkorban hari ini selepas bot persiaran karam di luar perairan sejuk timur laut Jepun, kata pengawal pantai, dengan operasi pencarian diteruskan bagi 16 orang yang masih hilang.

    “Kami telah mengesahkan kematian semua 10 orang,” yang sudah ditemui setakat ini, kata jurucakap pengawal pantai kepada AFP.

    Dalam satu kenyataan, pengawal pantai menambah bahawa mereka yang ditemui setakat ini telah dikenal pasti sebagai tujuh lelaki dan tiga wanita.

    Bot persiaran Kazu I telah menghantar amaran kecemasan petang kelmarin selepas ia mula karam di luar perairan terpencil di rantau Hokkaido Jepun.

    Operasi mencari dan menyelamat bermula serta-merta namun harapannya mulai pudar bagi 26 orang berkenaan, termasuk dua kanak-kanak dan dua kru, kerana suhu dingin di rantau itu.

    Anggota penyelamat mengadang pandangan media ketika mangsa bot hilang di Semenanjung Shiretoko yang ditemui, dipindahkan dari helikopter ke ambulans yang menunggu di padang sekolah di Shari, Hokkaido. – AFP

    Bot itu telah berlepas pagi Sabtu untuk menyaksikan kawasan popular di Semenanjung Shiretoko, yang ditetapkan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO bagi alam semula jadinya dan hidupan liar yang pelbagai.

    Jelajah itu diteruskan meskipun angin kencang dan ombak tinggi yang dilaporkan telah mencetuskan beberapa bot nelayan tempatan pulang untuk mengelak keadaan lebih buruk.

    “Ia sangat jelas keadaan di laut itu akan menjadi semakin memburuk, jadi saya beritahu mereka untuk tidak pergi,” kata operator bot pelancong kepada NHK.

    “Namun mereka hendak pergi juga. Saya beritahu kapten untuk tidak pergi,” katanya. Bot itu mengeluarkan amaran kecemasan sekitar jam 1:15 petang Sabtu dengan helikopter pengawal pantai dan kapal tiba di kawasan itu beberapa jam kemudian.

    Menjelang malam, ketika suhu udara jatuh ke darjah sifar Celsius, tidak ada tanda-tanda sama ada bot atau penumpang, walaupun pencarian diteruskan semalaman menggunakan peralatan inframerah dan termal.

    Polis tempatan dan pasukan pertahanan Jepun turut menyertai operasi menyelamat itu dengan empat orang pertama dari bot itu telah ditemui awal hari ini, dengan enam lagi ditemui beberapa jam selepas itu. – AFP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...