Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brighton ikat pemain pertahanan Ajax, Veltman

    LONDON, 31 JULAI – Brighton menandatangani kontrak dengan pemain pertahanan Belanda, Joel Veltman dari Ajax dengan bayaran yang tidak didedahkan semalam.

    Veltman bersetuju dengan kontrak tiga tahun bersama pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL).

    Pemain berusia 28 tahun itu membantu Ajax memenangi kejuaraan Belanda tiga kali setelah keluar dari akademi kelab itu.

    “Kami gembira mengalu-alukan Joel ke kelab,” kata bos Brighton Graham Potter.

    “Dia mempunyai pengalaman hebat dari zamannya bersama Ajax termasuk Liga Juara-Juara dan sudah tentu, bersama pasukan kebangsaan Belanda.

    “Dia pemain pertahanan yang sangat baik yang dapat bermain di posisi pertahanan kanan dan tengah dengan selesa.

    “Dia benar-benar menantikan cabaran bermain di EPL dan kami gembira dia sekarang menjadi pemain Brighton dan kami tidak sabar untuk bekerjasama dengannya.”

    Membuat penampilan sebanyak 22 kali bersama Holland, Veltman adalah sebahagian daripada skuad Piala Dunia 2014 dan juga bermain dalam kekalahan terakhir perlawanan Liga Europa Ajax menentang Manchester United pada 2017.

    Dia menjadi pemain kedua yang tiba di Stadium AMEX minggu ini setelah pemain tengah England, Adam Lallana menyertai pasukan Seagulls berikutan pemergiannya dari Liverpool. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda