Sunday, May 5, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    Brunei anjur kejohanan wusyu antarabangsa

    Oleh James Kon –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 APRIL – Kejohanan Wusyu Antarabangsa Brunei pertama anjuran Persekutuan Wusyu Brunei bersama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dijangka berlangsung dari 2 hingga 5 Mei di Pusat Belia.

    Atlet wusyu dari China, Hong Kong, Malaysia, Indonesia dan Australia dijangka menyertai pertandingan julung kali itu.

    32 atlet wusyu dari Negara Brunei Darussalam dijangka menyertai pertandingan tersebut.

    Menurut jurulatih wusyu kebangsaan, Li Hui, “Ini merupakan acara pertama selepas Kejohanan Wusyu Remaja Asia ke-10 pada tahun 2019. Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap teknikal wusyu Brunei terutamanya dalam kalangan belia, meningkatkan pengalaman berdaya saing dan menjalin pertukaran kerjasama dengan negara yang mengambil bahagian untuk membuat objektif bersama. Kami sedang bersiap sedia untuk Kejohanan Wusyu Remaja Dunia ke-9 di Brunei yang akan berlangsung pada September tahun ini.”

    Pada masa yang sama, beliau berkongsi, “Pertandingan ini dibahagikan kepada peringkat kumpulan umur mengikut peraturan Persekutuan Wusyu Antarabangsa. Kumpulan C berumur bawah 11 tahun, Kumpulan B 12 hingga 14 tahun, Kumpulan B 15 hingga 18 tahun dan selepas 18 tahun, ia merupakan kumpulan pilihan. Terdapat 63 acara untuk lelaki dan wanita.”

    Orang ramai boleh menonton aksi pertandingan wusyu secara percuma di tempat acara tersebut.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...