Saturday, May 4, 2024
27.4 C
Brunei

    -

    Harimau Muda tutup kempen di Qatar tanpa sebarang kemenangan

    KUALA LUMPUR, 24 APRIL – Skuad Bawah 23 Tahun Malaysia menutup kempen Piala Asia B-23 2024 tanpa sebarang kemenangan selepas tewas 1-2 kepada Kuwait pada perlawanan terakhir Kumpulan D di Stadium Al Janoub di Al Wakrah, Qatar awal pagi ini.

    Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Juan Torres Garrido menamatkan kempen di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata susulan tewas 0-2 masing-masing di tangan Uzbekistan dan Vietnam dalam dua aksi pertama.

    Pada aksi berdepan Kuwait, rentak skuad Harimau Muda terjejas apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman dilayangkan kad merah pada penghujung separuh masa pertama susulan mengasari kapten Kuwait, Salman Mohammed di luar kotak penalti.

    Penyerang Luqman Hakim Shamsudin terpaksa dikorbankan oleh Garrido dengan membawa masuk penjaga gol gantian Muhammad Firdaus Irman Mohd Fadhil bagi mengisi kekosongan di gawang yang terpaksa ditinggalkan Sikh Izhan.

    Bagaimanapun, Malaysia ketinggalan di penghujung tambahan masa babak pertama yang berlanjutan sehingga 15 minit menerusi penalti yang disempurnakan Salman selepas Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan dipersalahkan kerana mengasari Talal Al Qaisi hasil semakan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR). – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...