Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bureau Veritas anjur seminar kitar semula kapal

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OGOS – Seramai 60 peserta dari pelbagai latar belakang industri termasuk pihak berkuasa kebangsaan, pemilik kapal dan pengendali platform luar pesisir, baru-baru ini, telah menghadiri Seminar Pengenalan kepada Konvensyen Antarabangsa Hong Kong (HKC) untuk The Safe and Environmentally Sound Recycling of Ships.

    Seminar berkenaan berlangsung di Dewan Seri Kerna anjuran Bureau Veritas Marine & Offshore dan dihoskan oleh Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam.

    Pada seminar itu, beberapa tajuk utama telah dibincangkan antaranya berkaitan isu alam sekitar, keselamatan dan kesihatan dalam kitar semula kapal, peranan dan tanggungjawab di bawah HKC untuk pelbagai pihak berkepentingan, di samping pemeriksaan terperinci elemen HKC utama, termasuk Inventori Bahan Berbahaya dan Pelan Kemudahan Kitar Semula Kapal.

    Seminar yang ditaja oleh Anson International Sdn Bhd itu menampilkan pembentangan pakar kitar semula kapal terdiri daripada Jim Heath dan Robin Townsend.

    Sementara Ketua Eksekutif Serantau bagi Malaysia & Wilayah Brunei, Bureau Veritas Marine & Offshore, Ir Saifulbahari bin Abdul Hamid, dalam ucapan alu-aluan antara lain menekankan kepentingan mengguna pakai piawaian HKC untuk kitar semula kapal yang mampan dan selamat.

    Seminar itu menyediakan peserta dengan pemahaman yang komprehensif tentang HKC, selain menekankan kepentingan untuk keselamatan alam sekitar dan operasi dalam kitar semula kapal.

    Dengan adanya seminar tersebut, para peserta telah memperoleh pandangan yang berharga tentang peranan dan tanggungjawab mereka di bawah HKC bagi menggalakkan usaha kolaboratif ke arah amalan kitar semula kapal yang mampan.

    Sesi bergambar ramai peserta seminar bersama pihak Bureau Veritas Marine & Offshore dan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam.
    Suasana semasa seminar tersebut berlangsung. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN BUREAU VERITAS

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda