Saturday, May 4, 2024
25.1 C
Brunei

    -

    Cita rasa fesyen Rihanna berubah selepas bergelar ibu

    Penyanyi Rihanna berasa malu melihat kembali penampilannya yang seksi di awal kemunculannya sebagai penyanyi sekitar 18 tahun lalu.

    Rihanna atau Robyn Rihanna Fenty, 36, berkata perasaan malu itu timbul setelah dia bergelar seorang ibu dan menyesal dengan pemilihan pemakaiannya sebelum ini.

    “Apabila dikenangkan kembali, saya sendiri tidak percaya penampilan saya begitu sampai pernah memakai busana menampakkan puting payudara!

    “Sejak bergelar seorang ibu, saya menganggap imej sedemikian sudah tidak sesuai terutamanya pada usia sekarang,” katanya.

    Menurut mStar, Rihanna berkongsi perkara itu menerusi temu bual bersama People sewaktu majlis pelancaran kolaborasi Fenty x Puma di London baru-baru ini.

    Walaupun menyesal dengan tindakan masa lalu, penyanyi lagu Diamond ini bagaimanapun menyifatkan busana digayakan ketika menghadiri acara Met Gala pada 2015 meninggalkan impak luar biasa.

    Malah sehingga ke hari ini, masih ramai bercakap mengenai busana berwarna kuning inspirasi dinasti diraja China rekaan Guo Pei.

    Untuk rekod, Rihanna menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi rap, ASAP Rocky sejak 2021.

    Hasil hubungan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu RZA Athelaston Mayers dan Riot Rose Mayers. – Agensi

    Rihanna malu imej seksinya sebelum ini. – People
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...