Saturday, May 18, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Queen of Tears raih rating tertinggi tvN

    Episode akhir drama Korea, Queen of Tears yang disiarkan pada 28 April lalu telah mencatatkan rating penonton tertinggi bagi stesen tvN setakat ini.

    Drama komedi romantik itu yang dibintangi oleh pelakon terkenal Korea Selatan, Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won, telah melebihi rating yang dicatatkan oleh siri-siri hit lain stesen tersebut sebelumnya, termasuk Crash Landing On You (2019 hingga 2020) dan Guardian: The Lonely and Great God (2016 hingga 2017).

    Menurut tvN, episod penutup Queen of Tears mencatat purata rating penonton sebanyak 28.4 peratus di kawasan metropolitan Seoul dan 24.9 peratus di seluruh negara Korea Selatan.

    Sementara itu, episod terakhir drama Crash Landing On You mencatatkan rating 21.7 peratus di seluruh negara, manakala Guardian: The Lonely and Great God mencatatkan 18.7 peratus.

    “Pada masa yang sama memenuhi selera penonton domestik, Queen of Tears juga memenuhi setiap piawaian yang ditetapkan oleh penonton global untuk K-romance,” kata pengkritik budaya pop, Jung Duk-hyun. – ANN/The Star

    Drama komedi romantik itu yang dibintangi oleh Kim Ji-won (kiri) dan Kim Soo-hyun, mengatasi rating yang dicatatkan oleh siri hit tvN yang lain. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...