Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    COVID-19 jejas kesihatan mental

    SEOUL, 30 SEPT – Empat daripada 10 penduduk Seoul percaya kesihatan mental mereka merosot disebabkan wabak COVID-19, lapor agensi berita Yonhap.

    Dalam tinjauan membabitkan 3,983 peserta dalam kalangan remaja sehingga mereka yang berusia 80 tahun, seramai 1,489 atau 40 peratus mengatakan kesihatan mental mereka semakin merosot sejak wabak COVID-19 melanda awal tahun ini.

    Selebihnya 60 peratus mengata-kan terdapat sedikit perubahan dalam kesihatan mental mereka.

    Tinjauan secara dalam talian oleh kerajaan bandar raya Seoul itu dijalankan dari Julai hingga Ogos. Menurut peserta tinjauan antara sebab kemerosotan kesihatan mental kerana masalah ekonomi, kekurangan masa lapang berikutan penjarakan sosial, tidak selesa memakai penutup mulut dan hidung dan kekangan untuk berhubung dengan anggota keluarga. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda