Tuesday, April 30, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Jaga hati tuan rumah

    Sempena Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini, saya ingin menyampaikan sedikit pesanan agar perkara yang sama tidak berulang sekali lagi.

    Pada tahun lepas, saya pertama kali mengadakan rumah terbuka sempena hari raya.

    Biasalah, sebagai pasangan suami isteri yang baru berumah tangga, kami tidak mempunyai banyak pengalaman dan pengetahuan dalam menguruskan majlis rumah terbuka.

    Pada tahun lepas juga, kami baharu menimang cahaya mata pertama kami, ditambah dengan rumah kami yang baru siap dibina, dengan komitmen-komitmen lain yang perlu kami bayar setiap bulan, maka, peruntukan untuk mengadakan majlis rumah terbuka tidaklah banyak mana.

    Kami akur dengan kesilapan kami yang iski mahu memanggil ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai datang ke majlis rumah terbuka kami. Maka, seperti yang awda dapat jangka, makanan dan minuman yang dipesan tidak cukup untuk semua tetamu yang hadir.

    Namun, ia tidak memberikan lesen atau hak kepada sesetengah tetamu untuk berkata-kata nista terhadap kami. Kami juga punyai perasaan. Maka jagalah tutur kata kalian, lebih-lebih lagi kepada tuan rumah yang menjemput kalian.

    Bukankah tujuan sebenar raya adalah untuk bersalam-salaman dan bermaaf-maafan?

    Jikalau tidak ampit makan di rumah kami, makanlah di tempat lain (di restoran atau di majlis rumah terbuka yang lain). Tahanlah diri daripada mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan yang boleh menonjolkan kejahilan awda dalam bersosial.

    Muhammad Syawal

    Gambar Envato Elements
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...