Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Didenda $1,000 longgok sisa binaan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    TUTONG, 29 OGOS – Sebuah syarikat di Daerah Tutong telah dikenakan kompaun sebanyak $1,000 di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian 2021 semasa rondaan yang dijalankan oleh Bahagian Penguakuasaan Jabatan Daerah Tutong, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Daerah Tutong, syarikat di Kampung Sengkarai tersebut didapati melonggokkan sampah bekas bahan binaan.

    Syarikat tersebut telah diberikan tempoh tujuh hari untuk menjelaskan denda kompaun berkenaan dan sekiranya gagal boleh didakwa di mahkamah di mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada $2,000 dan tidak melebihi $10,000, bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak kurang $10,000 dan $30,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Sehubungan itu, bahagian penguatkuasaan ingin mengingatkan orang ramai, pihak syarikat dan pemilik premis-premis perniagaan agar sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar, khususnya di kawasan premis-premis perniagaan dan juga kawasan awam dengan tidak membuang, melonggokkan atau meninggalkan apa jua jenis sampah sarap di tempat awam.

    Sisa bahan binaan yang ditinggalkan oleh syarikat berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JABATAN DAERAH TUTONG
    GAMBAR SERAHAN JABATAN DAERAH TUTONG

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda