Tuesday, September 17, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dikir rombongan KHEU disambung ke Kg Belimbing Subok

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 SEPT – Rombongan Dikir Kementerian Hal Ehwal Ugama semalam meneruskan lagi Majlis Ihya Maulidur Rasul bertempat di Masjid Kampung Belimbing Subok bersempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW bagi Tahun 1446H/2024M.

    Mengetuai rombongan ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Misle bin Haji Abd Karim.

    Majlis diadakan bertujuan untuk meraih keberkatan dan rahmat dari Allah SWT serta memupuk dan mengenang jasa dan pengorbanan Baginda Rasulullah SAW dalam menyebarkan agama Islam. Selain itu, ia adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan KHEU dengan jemaah masjid serta penduduk kampung di sekitarnya.

    Dikir 12 Malam Berturut-Turut bagi rombongan KHEU seterusnya akan menuju ke Masjid Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Kampung Sungai Kelugos, Daerah Tutong pada hari Rabu, 11 September 2024.

    Rombongan dikir KHEU diteruskan di Masjid Belimbing Subok.
    Antara yang menghadiri majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda