Tuesday, May 30, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Disney berhentikan 7,000 pekerja minggu ini

    LOS ANGELES, 28 MAC – Gergasi hiburan Amerika Syarikat (AS) Walt Disney akan mula mengeluarkan notis pemberhentian untuk lebih 7,000 kakitangan minggu ini, lapor Xinhua yang memetik Variety, pada Isnin.

    Ketua Pegawai Eksekutif Disney, Bob Iger mengesahkan perkara berkenaan menerusi memo bahawa pemberhentian dilaksanakan dalam tiga peringkat.

    Selepas minggu ini, peringkat kedua membabitkan ‘lebih banyak’ pekerja diberhentikan pada April dan peringkat terakhir akan berlaku ‘sebelum permulaan musim panas’ menurut laporan itu.

    Iger berkata Disney telah membuat ‘keputusan sukar’ untuk mengurangkan tenaga kerja dan dilihat sebagai ‘sebahagian daripada penjajaran semula syarikat, termasuk langkah penjimatan kos untuk mewujudkan pendekatan yang lebih berkesan, diselaraskan dan diperkemas’.

    Disney mengumumkan penamatan perkhidmatan 7,000 pekerja pada 8 Februari yang mewakili sekitar 3.2 peratus daripada 220,000 pekerjanya di seluruh dunia. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea Utara akan lancar satelit pengintip tentera

    SEOUL, 30 MEI - Korea Utara berkata pada hari ini ia akan melancarkan satelit pengintip tentera pertamanya pada Jun dan menyifatkan peninjauan berasaskan angkasa...
    - Advertisment -