Saturday, May 4, 2024
24 C
Brunei

    -

    Doncic pimpin Mavericks atasi Clippers

    LOS ANGELES, 24 APRIL – Luka Doncic menjaringkan 32 mata ketika Dallas Mavericks bertarung untuk mencatatkan kemenangan 96-93 ke atas Los Angeles Clippers kelmarin dalam pertarungan playoff, Western Conference NBA yang tegang.

    Bintang Slovenia, Doncic bergandingan dengan Kyrie Irving untuk mencetak 55 mata dan memastikan Dallas akan pulang ke Texas dengan seri walaupun 1-1 dalam siri terbaik dari tujuh perlawanan.

    Doncic dan Irving membentuk aksi gan-dingan yang hebat pada suku keempat yang sengit, mencatatkan keputusan 14-0 yang penting secara berkesan mengambil permainan daripada Clippers, yang telah menundukkan Dallas dalam kemenangan 109-97 dalam perlawanan pertama pada Ahad.

    Selepas ketinggalan sebahagian besar permainan, Clippers mengancam untuk merampas kemenangan berharga di tempat sendiri yang berharga selepas membuka kelebihan enam mata pada awal suku keempat.

    Tetapi gandingan Doncic-Irving membantu Mavs mendapatkan semula penguasaan
    untuk mencipta kemenangan yang sepatutnya.

    Aksi Luka Doncic semasa separuh masa kedua dalam Permainan 2 siri playoff pusingan pertama bola keranjang NBA di Los Angeles pada 23 April. – AP

    Doncic menamatkan dengan 32 mata, sembilan assists dan enam rebounds manakala Irving menyumbang 23 mata, enam rebounds, tiga assists dan tiga steal.

    “Kami terpaksa membuat keriuhan pada perlawanan kedua, awda tahu, perlawanan pertama bukanlah permainan terbaik kami,” kata Doncic.

    “Jadi kami terpaksa keluar ke sini dan membuktikan bahawa kami boleh bermain dengan mereka,” tambah Doncic, sebelum memuji sumbangan Irving.

    “Sungguh mengagumkan memiliki dia dalam pasukan kami,” kata Doncic. “Ia sangat membantu saya. Seorang pemain yang hebat dan saya gembira kerana dia ada di sini.”

    James Harden dan Paul George mendahului Clippers dengan 22 mata setiap satu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...