Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    DPMM adakan Majlis Santap Malam bagi TPM M’sia

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Jan – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, malam ini berkenan mengadakan Majlis Santap Malam bagi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta rombongan, di Qashr Al-Meezan.

    Sebelum Majlis Santap Malam, Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima mengadap Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

    Turut hadir pada Majlis Santap Malam tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Datuk Ghulam Jelani bin Khanizaman.

    Duli Yang Teramat Mulia semasa berkenan mengadakan Majlis Santap Malam di Qashr Al-Meezan, malam tadi. - Gambar oleh Infofoto
    Duli Yang Teramat Mulia semasa berkenan mengadakan Majlis Santap Malam di Qashr Al-Meezan, malam tadi. – Gambar oleh Infofoto

    Majlis Santap Malam tersebut turut dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng; Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar dan Timbalan Menteri (Keselamatan dan Media) di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda