Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    DPS hantar 10 pelatih jurumudi ke Malaysia

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OGOS – Sepuluh pelatih jurumudi terpilih untuk Program Kadet Pegawai Dek telah dihantar oleh pihak pengurusan dan kakitangan Darussalam Pilotage Services Sdn Bhd (DPS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, kelmarin.

    Mereka akan mengikuti kurikulum intensif selama tiga tahun di Akademi Maritim Malaysia Sdn Bhd (MMASB), yang direka untuk melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam navigasi dan operasi maritim.

    Pelatih-pelatih itu akan menjalani diploma komprehensif dalam pengajian nautika di MMASB, Akademi Laut Malaysia (ALAM), di mana mereka akan mendalami kurikulum intensif selama tiga tahun.

    Program itu mencerminkan komitmen DPS untuk membangunkan generasi profesional maritim yang akan datang.

    Selepas tamat program, pelatih-pelatih itu akan dianugerahkan diploma dalam pengajian nautika, bersama dengan sijil kompetensi (COC) sebagai pegawai dek. Latihan yang komprehensif ini bukan sahaja menandakan pencapaian akademik mereka tetapi juga secara rasmi mengiktiraf kelayakan mereka untuk mengambil tanggungjawab penting dalam industri maritim.

    Diploma dan COC adalah pencapaian penting dalam perjalanan mereka untuk menjadi pegawai dek yang mahir, mampu mengemudi dan menguruskan kapal dengan kepakaran dan ketepatan.

    Program itu adalah komponen kritikal bagi DPS untuk mengembangkan bakat tempatan.

    Dengan menyediakan sebuah platform untuk para pelatih menimba pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk memupuk generasi baharu profesional yang sangat mahir yang bersedia untuk menjadi pemimpin dan jurumudi masa depan dalam industri maritim.

    Para pelatih jurumudi bergambar ramai sebelum berlepas ke Malaysia. – GAMBAR SERAHAN DPS
    GAMBAR SERAHAN DPS
    GAMBAR SERAHAN DPS

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda