Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua pendaki Rusia diselamatkan selepas terkandas enam hari

    ISLAMABAD, 21 OGOS – Selepas terkandas enam hari di puncak terpencil di timur laut Pakistan, dua pendaki Rusia yang cedera akhirnya diselamatkan, manakala seorang lagi masih hilang dan dianggap meninggal dunia, kata seorang pegawai mendaki gunung hari ini.

    Pasukan lima pendaki itu, yang memulakan ekspedisi mereka di salah satu puncak Gasherbrum untuk mendapatkan mayat rakan pendaki yang meninggal dunia di sana tahun lepas, telah dilanda runtuhan ais pada Jumaat, kata pegawai-pegawai.

    Pasukan penyelamat telah menyelamatkan dua daripada pendaki gunung berkenaan pada Isnin manakala lebih banyak perancangan diperlukan untuk menyelamatkan dua lagi yang tidak dapat bergerak kerana kecederaan mereka.

    Helikopter tentera, disokong oleh sukarelawan tempatan, membantu menyelamatkan dua yang cedera kelmarin, kata Karrar Haidri, Setiausaha Kelab Alpine Pakistan, sambil menambah pendaki ketiga jatuh ke dalam jurang glasier dan gagal dikesan.
    Haidri berkata hari ini, kedua-duanya dipindahkan dari gunung ke kem pangkalan dan berada dalam keadaan stabil.

    “Sebuah helikopter telah dijadual untuk membawa mereka ke bandar utara Skardu, tetapi ia tidak dapat terbang kerana cuaca buruk,” katanya, dan mereka cuba mencari cara lain untuk membawa mereka ke hospital.

    Pasukan Rusia berkenaan, yang tidak diiringi oleh jurupandu, mengambil laluan
    luar biasa di Gasherbrum. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda