Monday, September 16, 2024
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Exists, Masdo bergabung atas satu pentas

    Dua band gergasi Malaysia iaitu Exists dan Masdo bakal bergabung pentas menghiburkan peminat menerusi konsert Battle Of Time Exists X Masdo pada 10 November depan.

    Teruja dapat berkongsi pentas dengan Exists, anggota Masdo iaitu Putu Ceri menyifatkan peluang berkerjasama dengan band legenda itu sebagai satu impian yang bakal menjadi kenyataan.

    Meskipun aliran muzik yang dibawa kedua-dua kumpulan berbeza, Masdo bagaimanapun percaya kolaborasi itu akan memberi pengalaman baharu buat peminat.

    “Sebagai kugiran baharu Masdo teruja berkongsi pentas bersama Exists yang lagu-lagu mereka selalu menjadi siulan kami di waktu remaja.

    “Dengan genre muzik yang sedikit berbeza tetapi tema Battle of Time yang dipilih signifikan bersama Masdo yang pekat aliran pop 60an,” katanya dalam satu kenyataan kepada mStar.

    Menurut wakil penganjur, pemilihan Exists sebagai bintang utama konsert dianggap tepat memandangkan karya kumpulan itu kekal relevan sehingga kini.

    “Lagu-lagu Exists dari Oh Ibu sehingga Julia malah Langkah Seiringin yang telah dihasilkan lebih sedekad lalu kini menjadi trending di Tik Tok.

    “Ini semua menjadi bukti karya Exists tidak mati ditelan zaman dan terus relevan meski era bertukar,” jelasnya.

    Konsert yang dianjurkan oleh Dennsa dan Sensorhythm bakal berlangsung di Dewan Merdeka, WTCKL pada 10 November depan. – Agensi

    Exists dan Mado bakal mengegarkan pentas pada 10 November depan. – Liputan6
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda