Friday, September 13, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Foden menang anugerah Pemain Terbaik PFA

    LONDON, 21 OGOS – Penyerang Manchester City, Phil Foden memenangi anugerah Pemain Terbaik Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) kelmarin.

    Foden memainkan peranan penting dalam kejayaan City meraih gelaran Liga Perdana Inggeris untuk kali keempat berturut-turut musim lalu.

    Pemain berusia 24 tahun itu menjaringkan 19 gol dan memberikan lapan bantuan gol untuk pasukan Pep Guardiola ketika mereka menewaskan Arsenal untuk menjulang kejuaraan pada hari terakhir musim lalu.

    “Untuk memenangi anugerah ini adalah sesuatu yang sangat istimewa dan saya sangat bangga dan bersyukur. Diiktiraf dengan cara ini oleh rakan-rakan profesional saya adalah segalanya dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengundi saya,” kata Foden. “Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pep, jurulatih-jurulatih City dan semua rakan sepasukan saya kerana me-reka membantu saya menjadi lebih baik setiap hari,” tambahnya.

    Foden sudah pun meletakkan sasarannya untuk meraih gelaran Liga Perdana Inggeris kelima berturut-turut selepas City memulakan pertahanan kejuaraan mereka dengan kemenangan 2-0 ke atas Chelsea baru-baru ini.

    “Musim lalu adalah satu lagi musim yang sangat istimewa untuk semua orang di kelab tetapi kini tumpuan kami semuanya adalah untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada musim ini,” katanya. – AFP

    Phil Foden (tengah) dan para pemenang bergambar ramai selepas memenangi anugerah PFA di Opera House Manchester, England pada 20 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda