Sunday, May 5, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    G7 runding hadkan harga minyak Rusia

    ISTANA ELMAU, JERMAN, 28 JUN – Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) telah bersetuju untuk mengehadkan harga minyak Rusia, kata seorang pegawai Amerika Syarikat (AS) kelmarin. Ia juga merupakan sebahagian daripada langkah untuk mengurangkan pendapatan Kremlin.

    Pemimpin G7 akan ‘menugaskan menteri-menteri untuk bertindak segera ke arah matlamat itu dan berunding dengan negara ketiga serta sektor swasta dalam usaha untuk mengehadkan harga minyak Rusia,” pegawai kanan itu memberitahu pemberita.

    Pengumuman rasmi itu dijangka keluar dalam kenyataan muktamad nanti ketika sidang kemuncak G7 selama tiga hari di Pergunungan Alps Bavaria berakhir.

    Amerika Syarikat telah mengetuai desakan untuk mengenakan had harga minyak pada perhimpunan kelab negara kaya yang termasuk Britain, Kanada, Perancis, Jerman, Itali dan Jepun.

    ”Matlamat rancangan tersebut adalah bagi ‘mengosongkan’ sumber utama wang tunai Kremlin dan memaksanya menurunkan harga minyak Rusia,” kata penasihat keselamatan bagi negara Presiden AS Joe Biden, Jake Sullivan, kepada pemberita pada sidang kemuncak itu kelmarin.

    Walaupun Barat telah pun mengenakan beberapa sekatan ke atas Rusia sebagai tindak balas terhadap arahan Putin untuk menyerang Ukraine pada Februari lalu, industri minyak yang telah disasarkan mewakili kejatuhan ekonomi tertinggi setakat ini. – AFP

    Presiden AS, Joe Biden (tengah) bersama pemimpin G7 menghadiri sesi kerja semasa sidang kemuncak di Istana Elmau kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...