Tuesday, May 7, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Bekas pengawal Nazi, 101, dipenjara

    BERLIN, 28 JUN – Seorang lelaki berusia 101 tahun disabitkan di Jerman atas 3,518 pertuduhan tambahan membunuh kelmarin kerana berkhidmat di kem tahanan Sachsenhausen (SS) Nazi semasa Perang Dunia Kedua.

    Mahkamah Wilayah Neuruppin telah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya.
    Lelaki itu, yang dikenali sebagai Josef S., telah menafikan bekerja sebagai pengawal SS di kem itu dan membantu serta bersubahat membunuh beribu-ribu orang banduan.

    Dalam perbicaraan yang dibuka pada Oktober lalu, Josef berkata bahawa dia telah bekerja sebagai buruh ladang berhampiran Pasewalk di timur laut Jerman sepanjang tempoh berkenaan.

    Walau bagaimanapun, mahkamah menganggap ia terbukti bahawa dia bekerja di kem di pinggir Berlin antara tahun 1942 dan 1945 sebagai anggota sayap separa tentera Parti Nazi, lapor agensi berita Jerman, dpa.

    “Mahkamah telah membuat kesimpulan bahawa, bertentangan dengan apa yang awda dakwa, awda bekerja di kem tahanan sebagai pengawal selama kira-kira tiga tahun,” kata Hakim Udo Lechtermann, menurut dpa, sambil menambah bahawa dengan berbuat demikian, defendan telah membantu dalam keganasan dan jentera pembunuhan Nazi.

    “Awda dengan rela hati menyokong pemusnahan besar-besaran ini dengan aktiviti awda,” kata Lechtermann.

    Pendakwa raya meneliti berdasarkan kes mereka pada dokumen yang berkaitan dengan pengawal SS dengan nama, tarikh dan tempat lahir Josef, berserta dokumen-dokumen lain. – AFP

    Tertuduh Josef S. menutup mukanya ketika dia duduk di bilik mahkamah di Brandenburg, Jerman, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekolah ditutup di Manipur, India susulan hujan lebat

    NEW DELHI, 6 MEI - Semua institusi pendidikan, termasuk sekolah dan kolej akan kekal ditutup di negeri Manipur, timur laut India sehingga esok berikutan...