Saturday, May 4, 2024
25.1 C
Brunei

    -

    Gagal kawal bantahan, Ottawa isytihar darurat

    MONTREAL, 7 FEB – Bantahan pemandu trak yang berterusan di ibu negara Kanada ‘sudah menjadi tidak terkawal,’ kata datuk bandar Ottawa semalam, mengumumkan keadaan darurat ketika pusat bandar masih disekat oleh penentang langkah anti-COVID-19.

    Pembantah, yang pertama sampai ke ibu negara pada 29 Januari, telah meletak kenderaan besar mereka di jalan raya bandar dan mendirikan khemah dan pondok sementara – melumpuhkan bandar dan menimbulkan kemarahan penduduk. Datuk bandar Jim Watson mengumumkan keadaan darurat yang ‘mencerminkan risiko serius dan ancaman kepada keselamatan penduduk yang ditimbulkan oleh tunjuk perasaan berterusan dan memaparkan keperluan mendapatkan sokongan daripada bidang kuasa kerajaan lain,’ menurut kenyataan daripada majlis perbandaran.

    Sebelumnya, Watson menyifatkan situasi sebagai ‘di luar kawalan,’ menambah pembantah ‘mempunyai lebih ramai orang berbanding pegawai polis.’

    “Jelasnya jumlah pembantah melebihi anggota polis dan kami tewas dalam bantahan yang dianjurkan,” beritahunya kepada radio CFRA. “Situasi perlu berubah, kami perlu mendapatkan semula bandar kami.” Watson menggelar pemandu trak ‘tidak sensitif,’ ketika mereka terus ‘membunyikan hon dan membakar bunga api, dan menukarnya menjadi parti membingitkan.’ – AFP

    Gambar bertarikh 5 Februari menunjukkan deretan trak di Bloor berhampiran Yorkville di Toronto, Kanada. Konvoi pemandu trak telah menghuni Ottawa sejak Sabtu untuk membantah mandat vaksin COVID-19 Kanada. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...