Tuesday, September 17, 2024
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    GDT 1 ungguli kejohanan dart beregu

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 10 SEPT – Pasukan GDT 1 berjaya muncul juara dalam Pertandingan Dart Beregu setelah menewaskan SBDT Payau B dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Pusat Belia, Kuala Belait, 8 September lalu.

    Pertandingan itu dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Daerah Belait bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78.

    Penghulu Mukim Belait, Haji Abdul Afiq bin Zainuddin, hadir selaku tetamu kehormat untuk menyaksikan pertandingan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

    Sebanyak 49 pasukan dart mengambil bahagian, bersaing dalam pusingan liga pada sebelah pagi untuk merebut tempat dalam peringkat 32 terbaik. Pertandingan kemudian berlanjutan dengan pusingan kalah mati dan diakhiri dengan perlawanan separuh akhir dan akhir pada sebelah petang.

    GDT 1 berjaya menewaskan SBDT Payau B dalam perlawanan akhir, sementara tempat ketiga dikongsi bersama oleh pasukan LamberJack C dan Fly Axe.

    Selain itu, dua pemain dart turut menerima anugerah khas bagi mengenang pencapaian yang dicapai sepanjang kejohanan berlangsung. Ini termasuk Haji Mohd Amirol bin Haji Mohd Taib daripada Fly Ax yang mendapat markah terbanyak 180,

    manakala Suhaimi bin Judin daripada LDH 1 mendapat check tertinggi dalam kejohanan tersebut.

    Haji Abdul Afiq bergambar ramai bersama para peserta. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Antara aksi para peserta semasa perlawanan dart tersebut. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda