Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa bumi kuat landa Mindanao

    KUALA LUMPUR, 11 JULAI – Gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 10.13 pagi tadi.

    Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa berpusat di koordinat 6.1 darjah Utara dan 123.3 darjah Timur itu berlaku pada kedalaman 632 kilometer.

    Pusat gempa terletak kira-kira 154 kilometer tenggara dari Isabela City, Filipina.

    “Gegaran turut dirasai di sekitar Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan bagi Malaysia,” menurut kenyataan itu.- Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda