Friday, May 3, 2024
24 C
Brunei

    -

    Gerakan protes Sri Lanka masuk hari ke-100

    COLOMBO, 17 JULAI – Gerakan bantahan Sri Lanka mencapai hari ke-100 hari ini, memaksa seorang presiden meletak jawatan dan kini beralih untuk mencari penggantinya ketika krisis ekonomi negara itu masih berterusan.

    Gotabaya Rajapaksa melarikan diri sejurus para pembantah menyerbu istananya pada hujung minggu dan pada Khamis meletak jawatan.

    Salah urus pentadbirannya telah disalahkan atas pergolakan kewangan Sri Lanka, yang memaksa 22 juta penduduknya berdepan kekurangan makanan, minyak dan ubat-ubatan sejak tahun lalu.

    Kempen untuk menyingkirkan Rajapaksa, dianjurkan menerusi catatan dari Facebook, Twitter dan TikTok, telah menarik perhatian orang ramai dari seluruh Sri Lanka.

    Disatukan oleh kesukaran ekonomi, minoriti Tamil dan Islam menyertai suku majoriti Sinhala bagi menuntut penyingkiran sekutu Rajapaksa.

    Orang ramai ketika mengunjungi sekretariat presiden di Colombo pada 17 Julai. – AFP

    Ia bermula ketika bantahan dua hari pada 9 April, apabila puluhan ribu orang mendirikan khemah di luar pejabat Rajapaksa – sejumlah besar khalayak ramai yang lebih besar daripada jangkaan penganjur.

    “Apabila saya mendengar berita dan menyaksikan apa yang berlaku di sini, saya memutuskan yang saya perlu datang dan membantu mereka,” kata Nilu dari bandar pantai selatan Sri Lanka kepada AFP. Guru berusia 26 tahun itu ikut berkhemah bulan lalu dan antara puluhan sukarelawan yang bekerja menampal khemah yang kini membarisi bahagian boulevard tepi laut.

    Dapur komunal menghidangkan makanan kepada khalayak ramai yang mengunjungi tapak itu pada waktu malam, yang berbaris dekat sepanduk memperincikan tentang tuduhan rasuah dan keganasan yang ditujukan kepada keluarga Rajapaksa.

    “Kami mahukan perubahan dan kami adalah perubahan itu,” kata Nilu.

    “Kami mahu presiden kami mewakili seluruh negara. Bukan seseorang yang merompak orang awam,” katanya lagi. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...