Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Geran AS$46 juta bantu tingkat pertanian, keselamatan makanan Sudan Selatan

    JUBA, 14 JULAI – Kumpulan Bank Pembangunan Afrika (AfDB) berkata ia telah meluluskan geran AS$46.2 juta untuk Sudan Selatan bagi meningkatkan produktiviti pertanian, keselamatan makanan dan daya tahan negara.

    AfDB, penyedia kewangan kepada kerajaan Afrika dan syarikat swasta yang melabur di negara-negara anggota serantau, berkata bahawa fasa pertama program transformasi sistem pertanian makanan berdaya tahan iklim di Sudan Selatan akan dilaksanakan dari September 2024 hingga Disember 2030.

    Themba Bhebhe, Pengurus Negara Kumpulan Bank untuk Sudan Selatan, berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Juba, ibu negara Sudan Selatan, pada petang Jumaat bahawa aktiviti program itu akan membantu meningkatkan produktiviti dan menghasilkan tambahan 350,000 tan bijirin (beras dan sorgum) dan 2,450 tan ikan.

    “Program ini akan mengukuhkan rantaian nilai pertanian dan keusahawanan, mewujudkan sekurang-kurangnya 200 lagi perniagaan pertanian makanan yang lebih menguntungkan bagi wanita dan golongan muda,” kata Bhebhe. – Xinhua

    Gambar Envato Elements
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda