Sunday, May 5, 2024
29.6 C
Brunei

    -

    Glencore bakal bina pusat kitar semula bateri litium

    ZURICH, 10 MEI – Syarikat komoditi gergasi Switzerland, Glencore kelmarin berkata ia sedang bekerjasama dengan syarikat kitar semula Kanada, Li-Cycle untuk membina kilang kitar semula bateri Eropah.

    Ketika Eropah berusaha berpindah daripada kenderaan bahan api fosil kepada kereta elektrik, elemen kitar semula dalam bateri menjadi tumpuan utama.

    Benua itu juga berusaha untuk melepaskan diri daripada pergantungan kepada negara seperti China untuk bahan mentah.

    Glencore dan Li-Cycle akan melancarkan kajian kebolehlaksanaan untuk menggunakan semula kilang sedia ada di Portovesme, di kepulauan Itali, Sardinia, menjadi fasiliti untuk memproses jisim hitam daripada bateri litium-ion.

    Glencore berkata hab itu dijangka menjadi yang pertama dalam skala dan jenisnya di Eropah, dengan kajian itu dijangka siap menjelang pertengahan 2024.

    Hab berkenaan yang diharapkan oleh kedua-dua syarikat itu akan ditauliahkan menjelang akhir 2026 atau awal 2027 yang akan menghasilkan bahan bateri termasuk nikel, kobalt dan litium daripada kandungan bateri kitar semula.

    Kunal Sinha, ketua kitar semula global di Glencore, berkata bahawa hab yang digunakan semula itu akan menjadi kilang pertama syarikat untuk menghasilkan litium gred bateri.

    “Ia akan memendekkan masa penghantaran, mengurangkan pelepasan dengan meminimumkan jarak laluan kapal pengangkut serta menyokong cita-cita Itali dan Eropah untuk menjadi peneraju global dalam ekonomi kitar semula,” katanya. – AFP

    Gambar fail bertarikh 14 April 2011 menunjukkan ibu pejabat Glencore di Baar, Switzerland. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...