Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gnatalie, dinosaur bertulang hijau dipamerkan di LA

    LOS ANGELES, 15 JULAI – Dinosaur terbaharu yang dipamerkan di Muzium Sejarah Alam, Los Angeles bukan sahaja ahli spesies baharu — ia juga satu-satunya yang ditemui di planet ini yang tulangnya berwarna hijau, menurut pegawai muzium itu.

    Dinamakan ‘Gnatalie’ (sebutan Natalie) sempena agas yang berkerumun semasa penggalian, fosil dinosaur herbivor berleher panjang dan berekor panjang itu mendapat warna uniknya, hijau zaitun berbintik-bintik gelap, daripada mineral celadonit semasa proses fosilisasi.

    Walaupun fosil lazimnya berwarna coklat daripada silika atau hitam daripada mineral besi, hijau jarang berlaku kerana seladonit terbentuk dalam keadaan gunung berapi atau hidroterma yang biasanya memusnahkan tulang yang tertimbus. Seladonit memasuki fosil apabila aktiviti gunung berapi sekitar 50 juta hingga 80 juta tahun lalu menjadikannya cukup panas untuk menggantikan mineral sebelumnya.

    Dinosaur itu hidup 150 juta tahun yang lalu pada lewat Era Jurassic, menjadikannya lebih tua daripada Tyrannosaurus rex – yang hidup 66 hingga 68 juta tahun yang lalu.

    Penyelidik-penyelidik menemui tulang itu pada 2007 di Badlands, Utah.

    “Dinosaur merupakan kenderaan yang hebat untuk mengajar pelawat-pelawat kami tentang sifat sains, dan apa yang lebih baik daripada dinosaur hijau sepanjang hampir 80 kaki untuk melibatkan mereka dalam proses penemuan saintifik dan membuat mereka merenung keajaiban dunia yang kita hidupi!” Luis M Chiappe dari Institut Dinosaur muzium itu berkata dalam satu kenyataan mengenai penemuan pasukannya. – AP

    Rangka dinosaur berusia 150 juta tahun dipamerkan di pusat alu-aluan baharu Muzium Sejarah Alam yang sedang dalam pembinaan pada 2 Julai lalu di Los Angeles. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda