Friday, May 3, 2024
24 C
Brunei

    -

    Gol Pavard julang Perancis, benam Ireland

    DUBLIN, 28 MAC – Benjamin Pavard kembali beraksi untuk pasukan kebangsaan dengan menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika Perancis mengalahkan Republik Ireland 1-0 dalam kelayakan Euro 2024 di Dublin, kelmarin.

    Kemenangan tersebut bermakna finalis Piala Dunia telah memenangi kedua-dua perlawanan pembukaan Kumpulan B mereka berikutan kemenangan 4-0 ke atas Belanda pada Jumaat lalu.

    Bagaimanapun, penjaga gol Perancis, Mike Maignan terpaksa melakukan dua aksi menyelamat yang kemas pada minit akhir, termasuk tandukan Nathan Collins yang hebat, untuk menafikan Ireland mencapai seri pada perlawanan kelayakan pembukaan tuan rumah.

    Pemain pertahanan Bayern Munich, Pavard, membuat penampilan pertamanya untuk Perancis sejak perlawanan kumpulan pembukaan Piala Dunia di Qatar, menjaringkan gol lima minit memasuki babak kedua.

    Tetapi Perancis yang menduduki ranking ketiga diasak kuat oleh pasukan Ireland yang berada di tempat ke-45 di bawah mereka dalam kedudukan FIFA.

    Reaksi Benjamin Pavard selepas menjaringkan gol pembukaan dalam perlawanan bola sepak kelayakan kumpulan B UEFA Euro 2024 di Stadium Aviva di Dublin, Ireland. – AFP

    Deschamps, kembali memilih Pavard, dan berkata, “Dia sedang dalam proses kembali dan dialah yang memenangi perlawanan untuk kami.”

    Perancis menguasai separuh masa pertama tetapi mencipta beberapa peluang jelas, dengan Collins menghalang Giroud daripada memanfaatkan hantaran Randal Kolo Muani.

    Perancis menghukum kesilapan Ireland dan mendahului pada minit ke-50.

    Hantaran Cullen berjaya disambar oleh Pavard, yang rembatan kencangnya melepasi penjaga gol, Gavin Bazunu masuk dari bahagian bawah palang.

    Tetapi Coleman memimpin bahagian pertahanan dengan baik dan memastikan pergerakkan penyerang superstar Perancis, Kylian Mbappe, dikunci rapat dan permainan kekal seimbang.

    Ireland hampir menyamakan kedudukan apabila pemain gantian Kounde menanduk bola ke arah gawangnya sendiri, hanya untuk Maignan membuat aksi menyelamat yang baik. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...