Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Tangani isu pengangguran melalui program, latihan kemahiran

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MAC – Bagi menangani isu pengangguran dan memperkasa pencari kerja dengan kemahiran dan latihan yang diperlukan, Kementerian Pendidikan turut berperanan menyediakan program-program serta latihan-latihan kemahiran di institusi pengajian tinggi yang diselaraskan dengan keperluan industri semasa dan akan datang.

    “Ini termasuklah mengukuhkan kerjasama antara institusi pengajian dan industri-industri setempat serta pihak-pihak berkepentingan khususnya Manpower Planning and Employment Council (MPEC),” ujar Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh (gambar-Infofoto) dalam ucapan penangguhannya pada Musim Permesyuaratan ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN), hari ini.

    Menurutnya lagi, bagi menggalakkan pembangunan usahawan dalam kalangan belia, Kementerian Pendidikan menerusi Pusat Keusahawanan Inovasi berperanan menerapkan unsur-unsur keusahawanan dalam semua peringkat persekolahan seperti menerusi pengajaran mata pelajaran di peringkat pendidikan teras serta penyediaan program-program kemahiran keusahawanan di peringkat pengajian tinggi.

    “Usaha sedemikian diharap menjunjung hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai kepentingan pembangunan dan pengupayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam menggerakkan aktiviti perekonomian negara ini,” ujarnya.

    Kementerian Pendidikan, katanya amat menghargai dan terus mengharapkan kerjasama padu daripada para ibu bapa, penjaga dan masyarakat umum dalam sama-sama mendidik anak bangsa.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...