Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harga minyak merosot, OPEC+ sukar pertahan pasaran

    PARIS, 14 DIS – Pertumbuhan permintaan yang perlahan dan peningkatan pengeluaran minyak mentah Amerika Syarikat (AS) akan menyukarkan OPEC+ untuk terus menaikkan harga, kata IEA hari ini.

    OPEC+, yang diketuai oleh Arab Saudi dan Rusia, telah menghalang pengeluaran untuk mengekalkan harga tetapi yang kedua itu merosot disebabkan oleh kelemahan ekonomi global dan peningkatan dalam pengeluaran di luar blok itu.

    “Kenaikan berterusan dalam pengeluaran dan pertumbuhan permintaan yang perlahan akan merumitkan usaha pengeluar utama untuk mempertahankan bahagian pasaran mereka dan mengekalkan harga minyak yang tinggi,” kata Agensi Tenaga Antarabangsa dalam laporan bulanannya mengenai pasaran minyak.

    IEA yang berpangkalan di Paris, yang menasihati negara-negara pengguna minyak, menyatakan bahawa harga telah jatuh sekitar AS$25 setong sejak paras tertinggi September. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda