Saturday, May 4, 2024
24 C
Brunei

    -

    Henti hina kitab suci

    ANKARA, 30 JAN – Negara Barat perlu menghentikan penghinaan terhadap kitab suci, kata Speaker Parlimen Turkiye, Mustafa Sentop susulan kejadian membakar Al-Quran di Sweden, Denmark dan Belanda minggu lepas.

    “Negara Barat harus segera menamatkan permainan berbahaya ini,” kata Sentop pada sesi ke-17 Kesatuan Parlimen Pertubuhan Negara Anggota Kerjasama Islam (PUIC) di Algeria, lapor agensi Anadolu.

    Beliau berkata demikian selepas ahli politik Denmark-Sweden, Rasmus Paludan pada Jumaat lalu (27 Januari) membakar senaskhah Al-Quran di hadapan sebuah masjid di Denmark.

    Tindakan Islamofobia itu berlaku beberapa hari selepas Paludan membakar Al-Quran di luar Kedutaan Turki di Sweden semasa protes yang mendapat kebenaran polis.

    Paludan berkata beliau akan membakar kitab suci umat Islam setiap hari Jumaat sehingga Sweden dimasukkan ke dalam pakatan NATO.

    Seorang lelaki memegang senaskhah Al-Quran semasa protes di Tehran, Iran, baru-baru ini. – AP

    Ketua kumpulan Islamofobia, Pegida Edwin Wagensveld turut membakar Al-Quran di The Hague pada 22 Januari yang mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

    Insiden berkenaan terus mendapat kecaman global dengan Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson menyifatkan tindakan Paludan sebagai ‘kurang ajar’.

    Penghinaan terhadap Al-Quran mencetuskan bantahan dalam kalangan negara Islam, Turkiye mengutuk sekeras-kerasnya kebenaran yang diberikan oleh pihak berkuasa untuk tindakan provokasi itu yang jelas menunjukkan ia satu jenayah kebencian.

    “Tindakan provokatif ter-hadap agama Islam yang menghina nilai-nilai suci kita telah dibenarkan oleh pihak berkuasa Sweden hanya atas nama kebebasan bersuara, Belanda pula membiarkan perkara itu dan Denmark mengikut jejak langkah yang sama,” kata Sentop.

    Beliau berkata perbuatan itu menunjukkan ‘mentaliti kebencian’ Barat yang tidak menghormati kepercayaan dan idea.

    “Di sebalik semua itu, kita umat Islam wajib mengamalkan sikap berwaspada, bersederhana, rasional dan bermaruah. “Kita tidak boleh meninggalkan prinsip menghormati perbezaan yang telah diajar oleh agama dan tamadun kita yang menyuruh kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran,” kata Sentop. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...