Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Himpunan besar-besaran di Chicago menjelang DNC

    CHICAGO, 19 OGOS – Satu perhimpunan besar-besaran sedang berlangsung di Chicago, Amerika Syarikat (AS) menjelang pembukaan Konvensyen Nasional Demokrat (DNC), lapor Sputnik.

    Menurut seorang pewarta agensi berita Sputnik, ratusan peserta sedang berkumpul di pusat bandar, ramai daripada mereka bersuara membantah tindakan ketenteraan di Semenanjung Gaza dan membawa slogan pro-Palestin.

    Seorang wakil jabatan polis tempatan memberitahu agensi itu bahawa penunjuk perasaan dijangka berarak melalui pusat bandar dari Sungai Chicago menuju ke Millennium Park di sepanjang satu daripada jalan utama bandar itu, Michigan Avenue.

    Bagi memastikan keselamatan, ramai anggota polis telah ditempatkan di sepanjang laluan itu, termasuk unit berbasikal dan unit kereta peronda.

    Konvensyen Nasional Parti Demokrat akan membuka tirai di Chicago hari ini, yang akan memberikan persetujuan terakhir berhubung pencalonan Kamala Harris sebagai calon presiden AS mewakili parti itu dan pencabar utama, Donald Trump.

    Konvensyen itu akan berlangsung sehingga 22 Ogos. – Bernama

    Penunjuk perasaan berarak di depan barisan polis sebelum bermulanya DNC di Chicago pada 18 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda