Friday, May 3, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    HK laksana ujian wajib pusingan ketiga

    HONG KONG, 22 FEB – Penduduk Hong Kong dimestikan untuk menjalani ujian wajib pusingan ketiga bagi koronavirus, kata pemimpin bandar itu hari ini, ketika dia mengesahkan pegawai dari tanah besar China telah campur tangan untuk memantau respons bandar hab kewangan itu terhadap penularan terburuk setakat ini.

    Metropolitan yang padat penduduk itu dilanda dengan peningkatan rekod kes dengan beribu-ribu kes disahkan setiap hari mengancam untuk menjejaskan hospital dan sistem pengasingan diri bandar yang ketat.

    Hari ini, ketua eksekutif, Carrie Lam mendedahkan untuk mengetatkan langkah sifar COVID kerajaan bagi memberikan respons lebih baik terhadap tanah besar China dan mengakui pihak berkuasa tempatan gagal untuk mengawal peningkatan kes ketika ini.

    “Kerajaan Hong Kong gagal untuk mengawal penularan epidemik yang pantas ini, jadi terdapat keperluan dari sokongan kerajaan pusat untuk membantu melawan virus,” dia memberitahu wartawan.

    Xia Baolong, ketua hal ehwal Hong Kong dan Macau, mengkoordinasi respons tanah besar dari sempadan bandar Shenzhen, tambahnya.

    Penduduk Hong Kong beratur untuk menjalani ujian koronavirus di pusat ujian sementara di Hong Kong meskipun ketika cuaca hujan. Hong Kong akan mewajibkan penduduknya menjalani ujian pusingan ketiga bagi membendung penularan COVID-19. – AP

    Di bawah peraturan baharu, kesemua 7.4 juta penduduk akan melaksanakan pusingan ketiga ujian wajib pada Mac, meskipun Lam tidak memaklumkan tarikh permulaannya.

    Ujian akan dilanjutkan selama beberapa hari dengan penduduk turut melakukan ujian pantas antigen beberapa kali setiap hari di rumah.

    “Mereka yang tidak membuat ujian universal akan dipertanggungjawabkan,” amaran Lam, menambah tiada jaminan langkah itu akan sepenuhnya dapat mengawal penularan.

    Sekolah dan beberapa perniagaan seperti gim, bar, salon kecantikan akan terus ditutup sehingga penghujung April dengan kemudahan pendidikan ditukar menjadi pusat ujian tempatan.

    Penerbangan dari sembilan buah negara termasuk Britain dan Amerika Syarikat akan terus digantung. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...