Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    IAG batal pengambilalihan Air Europa

    MADRID, 2 OGOS – Syarikat gergasi pe-nerbangan, IAG, pemilik Iberia dan British Airways, mengumumkan kelmarin bahawa ia menghentikan usaha untuk mengambil alih Air Europa milik Sepanyol disebabkan ‘persekitaran kawal selia semasa’.

    Langkah itu diambil selepas Suruhanjaya Eropah membuka ‘penyiasatan menyeluruh’ pada Januari terhadap cadangan perjanjian tersebut atas kebimbangan ia akan mengurangkan persaingan di beberapa laluan.

    IAG, yang juga memiliki Vueling dan Aer Lingus, pada Februari 2023 telah menyatakan hasratnya untuk membeli Air Europa daripada pemiliknya, Globalia, dengan harga 500 juta euro, tertakluk kepada kelulusan kawal selia.

    “Ahli lembaga pengarah telah memutuskan bahawa dalam persekitaran kawal selia semasa, adalah tidak wajar untuk meneruskan transaksi ini demi kepentingan pemegang saham,” kata IAG dalam satu kenyataan.

    Syarikat itu menyatakan bahawa ia akan mengekalkan 20 peratus saham dalam Air Europa yang diperoleh pada Ogos 2022 dan membayar Globalia 50 juta euro sebagai bayaran pembatalan perjanjian.

    “Kami percaya keputusan ini adalah demi kepentingan pemegang saham kami. IAG tetap komited terhadap strateginya, termasuk bersaing secara efektif dari hab Madridnya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif IAG, Luis Gallego dalam satu kenyataan.

    “Kami akan terus mengembangkan kehadiran kami di Madrid supaya hab ini boleh berkembang sebagai pesaing kepada hab lapangan terbang terbesar di Eropah,” tambahnya.

    IAG berpendapat bahawa perjanjian itu akan memperkukuh laluan mereka ke Amerika Latin dan menjadikan lapangan terbang Madrid sebagai hab utama Eropah.

    Namun, Brussels menyatakan kebimbangannya terhadap persaingan di laluan domestik antara Sepanyol dan Kepulauan Balearic serta Canary, serta laluan antara Madrid dan beberapa bandar Eropah. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda