Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ibu bapa bayar yuran tinggi untuk latih anak jadi penjenayah

    INDIA, 3 SEPT – Tiga kampung terpencil di negeri Madhya Pradesh, India telah menjadi terkenal dengan ‘sekolah pencuri’ di mana kanak-kanak seawal 12 tahun dilatih menjadi penyeluk saku, pencuri dan perompak oleh penjenayah berpengalaman.

    Menurut laporan daripada laman web Oddity Central, tiga kampung yang tidak terkenal ini – Kadia, Gulkhedi dan Hulkhedi – yang terletak kira-kira 120km dari ibu negeri Bhopal, merupakan taman asuhan untuk penjenayah muda, di mana ibu bapa membayar ‘yuran tuisyen’ sebanyak AS$2,400 hingga $3,600 bagi mendapatkan anak-anak mereka dilatih dalam ‘seni gelap’ seperti penyeluk saku dan meragut beg di tempat yang sesak, melakukan rompakan, mencuri akaun bank, mengelak daripada ditangkap polis, bahkan menangkis daripada dipukul sekiranya ditangkap.

    Apa yang dianggap sebagai ‘sekolah pencuri’ ini telah menghasilkan beberapa penjenayah yang paling terkenal dalam sejarah India.

    Jadi, mereka dicari oleh keluarga yang miskin dan kurang berpendidikan yang tidak mampu memberikan anak-anak mereka pendidikan yang sewajarnya.

    Selepas bertemu dengan ketua kumpulan dan membayar yuran tuisyen yang diperlukan, ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut selama satu tahun bagi memperoleh pelbagai kemahiran dan bersedia untuk kehidupan jenayah.

    Selepas menamatkan pengajian dan menyertai kumpulan itu, keluarga pelajar akan menerima bayaran tahunan sebanyak AS$3,600 hingga AS$6,000 daripada ketua kumpulan sebagai balasan untuk perkhidmatan mereka. – Agensi

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda