Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Indonesia perkenal reka bentuk pasport baharu

    Pelajar sekolah menengah tempatan membawa bendera negara selepas menyambut Hari Kemerdekaan Indonesia ke-79 di Candi Borobudur, Magelang, Jawa Tengah, pada 17 Ogos. – AFP

     

    JAKARTA, 18 OGOS – Indonesia telah memperkenalkan reka bentuk pasport baharu yang menampilkan warna kebangsaan merah dan putih, menggantikan warna hijau kebiruan yang digunakan sejak 2014.

              Pasport yang dikemas kini itu diperkenalkan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-79 kelmarin, dengan matlamat untuk meningkatkan ciri keselamatan dan mewakili unsur budaya negara.

              Ketua Pengarah Imigresen, Silmy Karim berkata, pasport yang direka bentuk semula itu memenuhi piawaian antarabangsa terkini yang ditetapkan oleh Lampiran 9 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa mengenai kemudahan.

              “Piawaian ini memerlukan kemas kini berkala terhadap ciri keselamatan pasport untuk mencegah pemalsuan dan pengubahan data,” menurutnya dalam satu kenyataan.

              Reka bentuk baharu itu termasuk ciri keselamatan canggih seperti kulit tahan panas, dan halaman pasport memaparkan corak fabrik tradisional yang menonjolkan elemen budaya wilayah Indonesia.

              Sejak diperkenalkan pada 1945, pasport negara itu telah mengalami beberapa perubahan reka bentuk daripada kelabu kepada biru, hijau dan hijau tua. – Bernama

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda