Sunday, May 5, 2024
22.5 C
Brunei

    -

    Istana Seri Kinabalu tumpuan pengamal media

    KOTA KINABALU, 8 JAN – Istana Seri Kinabalu di sini terus menjadi tumpuan pengamal media susulan ketidaktentuan politik di Sabah.

    Setakat 3 petang tadi, tiada pergerakan keluar masuk kenderaan pemimpin politik dilihat di perkarangan istana.

    Pada Rabu lepas, Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun dilapor berkata gabungan itu sedia membuktikan keabsahan sokongan kepada Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri selepas ada pihak tertentu mendakwa mereka memiliki sokongan lebih separuh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.

    Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam sidang media pada Jumaat lepas, mengumumkan pendirian UMNO dan BN Sabah untuk menarik sokongan terhadap Hajiji susulan hilang kepercayaan terhadap kedudukannya sebagai Ketua Menteri, selain perjanjian antara BN dan Perikatan Nasional (PN) telah dilanggar.

    Bagaimanapun, lima ADUN BN Sabah tampil mempertahankan kedudukan Hajiji dengan menolak keputusan BN negeri menarik sokongan serta menegaskan kini bukan masa merebut kuasa politik. – Bernama

    Kenderaan membawa Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haijiji Noor masuk ke Istana Seri Kinabalu pada 7 Januari 2023. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...