Sunday, May 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Wenger bantu India bangunkan bakat bola sepak

    NEW DELHI, 8 JAN – Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger akan bekerjasama dengan India untuk membangunkan bakat bola sepak ketika persekutuan kebangsaan sukan negara tersebut cuba membaik pulih ‘identiti dan falsafahnya’, dedah organisasi itu semalam.

    India, pernah digelar sebagai ‘gergasi bola sepak tidak aktif’ oleh bekas presiden FIFA, Sepp Blatter, berada di kedudukan ke-106 dunia dan bergelut untuk menarik perhatian umum di negara yang gilakan sukan kriket itu.

    Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) bergelut dengan isu pentadbiran dan digantung sementara oleh badan dunia bola sepak, FIFA pada tahun lepas.Pemilihan baharu diadakan pada bulan September dan AIFF kini mengharapkan perubahan besar dengan bantuan Wenger, 73 tahun.

    “Kami akan mempunyai sistem pencarian pemain untuk pasukan kebangsaan,” kata Setiausaha Agung, Shaji Prabhakaran kepada pemberita semalam.

    ‘Kami akan mengusahakan projek ini dengan FIFA dan Arsene Wenger secara peribadi akan memberikan komitmennya.” Wenger kini bekerja untuk FIFA sebagai ketua pembangunan bola sepak global. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...