Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Johari: Wakaf perlu lebih daripada tanah atau harta

    KUCHING, 16 MAC – Konsep wakaf seharusnya melangkaui sumbangan derma harta, bangunan ataupun tanah, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

    Beliau berkata konsep itu perlu diperluaskan ke bidang lain, terutamanya dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) kerana ia merupakan kunci dalam membangunkan masyarakat secara keseluruhan.

    Berkaitan R&D, beliau berkata kerajaan negeri sedang menubuhkan Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC), yang diharap dapat memberikan manfaat kepada manusia dalam memahami penyakit.

    “Penyelidikan memerlukan dana, oleh itu jika awda bercadang untuk mewakafkan lebihan (harta) yang awda ada, itulah tempatnya.

    “Jika orang Islam mahu terus berjaya pada masa hadapan, mereka mesti membelanjakan wang untuk penyelidikan. Wakaf itu melangkaui pemberian bangunan atau harta, ia juga boleh dalam bentuk pembangunan (penyelidikan),” katanya ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Wakaf dan Wakaf 2023 di sini, hari ini.

    Sementara itu, Abang Johari berkata wakaf dan pemberian telah menjadi sebahagian daripada budaya Islam sejak berkurun lamanya, dan ia memainkan peranan penting dalam menyokong pelbagai tujuan sosial, agama dan pendidikan.

    Beliau berkata di Sarawak, terdapat sejumlah 490 aset wakaf berdaftar dan bernilai RM11.86 juta dalam wakaf. – Bernama

    Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg melawat pameran pada majlis pembukaan Persidangan Antarabangsa Wakaf dan Wakaf 2023 kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...