Tuesday, September 17, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jom sertai kempen derma darah

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 SEPT – Orang ramai diseru untuk tampil ke hadapan bagi sama-sama membantu meningkatkan bekalan darah di Negara Brunei Darussalam dengan mengambil bahagian dalam kempen-kempen menderma darah.

    Dalam hubungan itu, Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatran akan mengadakan kempen derma darah yang terbuka kepada orang ramai pada 12 September di Bilik Utara, Tingkat 2, The One, Batu Satu bermula pukul 10 pagi hingga pukul 2 petang.

    Satu lagi kempen pada tarikh yang sama iaitu 12 September tetapi di Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha bermula pukul 7.50 malam hingga pukul 9.00 malam.

    Seterusnya, satu lagi kempen pada tarikh 14 September di Bilik Utara, Tingkat 2, The One, Batu Satu di bawah anjuran Persatuan Warga Malaysia bermula pukul pukul 10 pagi hingga pukul 2.30 petang.

    Jadual kempen derma darah daripada notis serahan MOH.

    Di samping itu, orang ramai adalah juga dialu-alukan untuk tampil ke hadapan bagi menderma darah untuk sama-sama membantu meningkatkan bekalan stok darah, dengan datang terus ke Pusat Pendermaan Darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha bagi menderma darah pada waktu bekerja bermula pukul 8 pagi hingga 11.30 pagi dan pukul 1.30 petang hingga 3.30 petang.

    Para penderma darah yang berminat adalah digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah berkenaan.

    Gambar Unsplash

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda