Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jordan catat kes mpox pertama tahun ini

    AMMAN, 3 SEPT – Kementerian Kesihatan Jordan mengumumkan kelmarin bahawa negara itu mencatatkan kes pertama mpox pada tahun ini.

    Pesakit merupakan seorang lelaki warga asing berusia 33 tahun dan disahkan menghidap penyakit itu melalui ujian makmal, lapor Xinhua memetik agensi berita Petra.

    Lelaki itu diasingkan di Hospital Al Basheer di Amman dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

    Kementerian Kesihatan Jordan akan terus memantau perkembangan mpox dan bersedia menghadapi sebarang perkembangan berkaitan penyakit itu dan mematuhi pelan nasional yang ditetapkan bersama pihak berkuasa berkaitan.

    Jordan pernah mencatat satu kes serupa pada 2022. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda