Friday, January 10, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Juliana Evans selamat lahirkan anak damit kedua

    Kuala Lumpur: Pelakon drama KAMI – The Series dan filem Mael Lambong, Che Puan Juliana Evans menimang cahaya mata kedua apabila selamat melahirkan anak damit perempuan di sebuah pusat perubatan di sini, hari ini.

    Khabar gembira itu dikongsikan Juliana, 34, atau Juliana Sophie Johari Evans menerusi Instagramnya seperti yang dipetik oleh laman MyMetro.

    “Kelahiran adalah permulaan paling mendalam dalam jiwa rohani dimiliki oleh seorang wanita.

    “Alhamdulillah saya kini seorang ibu kepada dua anak,” tulisnya penuh teruja.

    Dia turut berkongsi gambar wajah anak keduanya ini bersama suami buat peminat.

    Pada 30 April 2017, Juliana sah bergelar isteri kepada Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah al-Haj yang juga kerabat diraja Johor dan Selangor.

    Anak pertama pasangan ini, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah kini berusia empat tahun. – Agensi

    Juliana Evans selamat menimbang cahaya mata kedua. – Agensi

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda