Friday, May 3, 2024
24 C
Brunei

    -

    Junta Myanmar bubar parti Suu Kyi

    YANGON, 28 MAC – Suruhanjaya pilihan raya junta Myanmar mengumumkan hari ini bahawa Parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) Aung San Suu Kyi akan dibubarkan kerana gagal mendaftar semula di bawah undang-undang pilihan raya yang digubal tentera, lapor media kerajaan.

    NLD, yang diterajui Suu Kyi kepada kemenangan besar ke atas parti yang disokong tentera dalam pilihan raya pada 2015 dan 2020, akan “dibatalkan secara automatik sebagai parti politik” mulai esok, menurut penyiar MRTV.

    Tentera mewajarkan rampasan kuasa pada Februari 2021 dengan dakwaan penipuan yang tidak berasas dalam pilihan raya 2020, menamatkan percubaan demokrasi selama 10 tahun dan menjerumuskan negara itu ke dalam kekacauan.

    Pada Januari lalu, junta memberi tempoh dua bulan kepada parti politik untuk mendaftar semula di bawah undang-undang pilihan raya baharu ketat yang dirangka oleh tentera menjelang pemilihan baharu yang dijanjikan untuk diadakan.

    Penentangnya berkata pengundian tidak akan bebas dan tidak adil.

    Bulan lalu, junta mengumumkan pelanjutan tempoh darurat dua tahun selama enam bulan lagi dan menangguhkan pilihan raya yang dijanjikan diadakan menjelang Ogos kerana ia tidak belum dapat mengawal negara untuk undian diadakan. – AFP

    Gambar fail Aung San Suu Kyi menyampaikan ucapan semasa mesyuarat mengenai pelaksanaan Pembangunan Pendidikan Myanmar di Naypyitaw, Myanmar, pada 28 Januari 2020. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...