Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Juruterbang helikopter mati ditembak

    JAKARTA, 5 OGOS – Pemberontak di wilayah bergolak Papua di Indonesia menembak mati seorang juruterbang helikopter dari New Zealand, kata polis hari ini.

    Juruterbang berusia 50 tahun itu sedang membawa empat pekerja kesihatan Indonesia dan dua kanak-kanak, di mana kesemuanya terselamat, kata Faizal Ramadhani, Ketua Pasukan Petugas Keamanan Cartenz, yang ditubuhkan untuk mengendali pemisah Papua, dalam satu kenyataan.

    “Telah disahkan bahawa terdapat situasi tebusan dan pembunuhan dilakukan oleh kumpulan penjenayah bersenjata,” kata Ramadhani.

    Pemberontak telah menembak mati juruterbang, kemudian memasukkan mayatnya ke dalam helikopter dan membakarnya, katanya.

    Pembunuhan itu berlaku kurang dua tahun selepas seorang lagi juruterbang dari New Zealand, Phillip Mehrtens, diculik oleh pemberontak dari Tentera Pembebasan Kebangsaan Papua Barat (TPNPB). Dia masih ditahan sehingga kini.

    Ketika dihubungi untuk mendapatkan komen daripada AFP, TPNPB enggan mengesahkan bahawa mereka bertanggungjawab atas pembunuhan itu tetapi berkata juruterbang tersebut telah memasuki kawasan larangan mereka. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda