Sunday, May 5, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Kaji isu pelajar SPM, STPM tidak minat sambung pelajaran

    KOTA TINGGI, 28 OGOS – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) meminta Akademi Sains Negara melaksanakan kaji selidik bagi mendapatkan data tepat peratusan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dikatakan tidak mahu menyambung pelajaran.

    Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata kaji selidik dibuat bagi mengesahkan kenyataan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Julai lepas yang memaklumkan lebih 70 peratus lepasan SPM enggan menyambung pelajaran.

    Beliau berkata hasil kaji selidik itu akan dibentang kepada kerajaan untuk tindakan susulan, kerana seandainya angka itu tepat, ia merupakan satu isu membimbangkan yang boleh merencatkan hasrat Kerajaan menjadikan Malaysia negara berteknologi tinggi menjelang 2030.

    “Isu 70 peratus pelajar lepasan SPM tidak berminat melanjutkan pelajaran merupakan isu yang perlu disahkan. Saya telah arahkan Akademi Sains Malaysia membuat kaji selidik semula, adakah peratusan itu tepat atau tidak?” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Merdeka Minggu Sains Negara Keluarga Malaysia 2022, hari ini.

    “Kerana kalau angka menunjukkan 70 peratus tak minat sambung belajar, ia satu kerugian kepada negara, jadi langkah selanjutnya perlu kita laksanakan supaya perkara ini tak jadi bebanan awal untuk kita lahirkan generasi berteknologi tinggi yang berminat dengan sains dan inovasi,” katanya. – Bernama

    Datuk Seri Dr Adham Baba melihat projek Inovasi D’Couple SMK Seri Aman, Kota Tinggi ketika melawat gerai pameran selepas merasmikan Karnival STEM Merdeka. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...