Saturday, May 4, 2024
25.1 C
Brunei

    -

    Kanak-kanak maut dirempuh kereta api

    BERLIN, JERMAN, 3 FEB – Seorang kanak-kanak maut manakala seorang lagi cedera parah selepas dirempuh kereta api di Recklinghausen, kawasan perindustrian Ruhr di Jerman, menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri di Rhine-Westphalia Utara.

    Seorang budak lelaki berusia 10 tahun maut dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada 6 petang semalam.

    Sementara itu, seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang cedera parah kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan, menurut jurucakap polis kepada agensi akhbar Jerman (dpa) pada Jumaat.

    “Apa yang berlaku di sini amat mengerikan,” kata Menteri Dalam Negeri, Herbert Reul kepada media. Penyiasat kini sedang meneliti kemungkinan bagaimana kanak-kanak berkenaan berjaya memasuki landasan kereta api itu.

    Pasukan bomba turut menggunakan dron yang dilengkapi kamera pengimejan haba untuk mengimbas tempat kejadian pada waktu malam. Laporan media sebelum ini menyatakan bahawa sekumpulan kanak-kanak dilanggar oleh kereta api dan diseret beberapa ratus meter. – Bernama

    Pegawai polis berdiri di depan perintang berdekatan tapak kemalangan kereta api di Recklinghausen, Jerman pada 2 Februari 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...