Sunday, May 5, 2024
29.6 C
Brunei

    -

    Karnival Hari Keluarga meriah

    Oleh Nurdiyanah R.

    BELAIT, 4 DIS – Sebagai kesinambungan program bersempena dengan Sambutan Jubli Emas ke-50 tahun penubuhannya, Hospital Suri Seri Begawan (SSB), Kuala Belait telah mengungkayahkan Karnival Hari Keluarga yang berlangsung dua hari hingga hari ini di kawasan letak kereta hospital tersebut.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional) di Kementerian Kesihatan, Dr Ang Swee Hui.

    Acara didahului dengan sesi senaman memanaskan badan sebelum acara berbasikal (cyclethon) sejauh 15km dan Fun Run sejauh 3km yang bermula di kawasan letak kereta hospital tersebut.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, karnival berkenaan telah dikendalikan dengan kerjasama Rosnah Yusof & Sons (RYS) Entertainment selaku pengurus acara.

    Pelbagai aktiviti menarik telah memeriahkan karnival tersebut antaranya pameran perkhidmatan dan kesihatan, kempen menderma darah, pemeriksaan kesihatan dan pergigian.

    Di samping itu, lebih 20 petak jualan dan car booth sale yang disertai oleh pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana, aktiviti-aktiviti bagi kanak-kanak dan dewasa serta cabutan bertuah turut dilaksanakan.

    Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan turut mengingatkan orang ramai untuk mengemas kini langkah dalam aplikasi BruHealth dengan menekan ciri cabaran 20 Billion Langkah untuk sama-sama mencapai 20 bilion langkah sebelum penghujung bulan ini.

    Hadiah-hadiah menarik menanti untuk dimenangi dan terus mengikuti perkembangan di Instagram rasmi kementerian berkenaan, @mohbrunei bagi maklumat lanjut.

    Antara aktiviti yang telah disediakan bagi memeriahkan lagi acara berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...